BN Perak yakin menang lebih 30 DUN

BN Perak yakin menang lebih 30 DUN

SAARANI Mohamad mengendalikan jengkaut ketika menyempurnakan simbolik perasmian projek menggantikan jambatan Sungai Kinchap di Kampar, Perak. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Barisan Nasional (BN) Perak yakin dapat membentuk kerajaan negeri tanpa perlu bergabung dengan parti lawan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada Sabtu ini.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, rakyat diyakini memberi mandat kembali kepada BN supaya pengalaman pada PRU14 tidak berulang lagi.

“Saya yakin BN akan menang lebih 30 kerusi dan bentuk kerajaan negeri atas jenama kita sendiri. Saya berkeyakinan rakyat di Perak akan membuat pilihan bijak.

“Mereka akan memberi undi kepada calon daripada BN bagi membolehkan kita membentuk kerajaan tunggal di negeri ini,” katanya pada Lawatan Kerja Menteri Besar Perak ke Tapak Projek Menggantikan Jambatan FT001/562/00 Sungai Kinchap Kampar di sini hari ini.

Saarani mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria bahawa parti itu yakin Perikatan Nasional (PN) tidak memerlukan gabungan lain untuk membentuk kerajaan negeri selepas PRU15.

Menurut Saarani, sebarang perancangan untuk bergabung tidak perlu dibincangkan buat masa ini kerana tumpuan utama adalah menang pada pilihan raya ini.

“Semua parti apabila sudah buat (keputusan) untuk bertanding, bertanding sahajalah. Semua bentuk pakatan, persefahaman mahupun MoU (memorandum persefahaman) patut dibuat sebelum (pilihan raya).

“Dulu semasa Muafakat Nasional (MN) ada persefahaman antara UMNO dan Pas, bagaimanapun akhirnya tidak jadi dan kita buat keputusan bawa haluan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, BN mempunyai kelebihan untuk meneruskan agenda membentuk sebuah negeri membangun dan makmur berbanding PN dan Pakatan Harapan (PH). 

“Kita hendak tubuh kerajaan mestilah yang boleh membangunkan dan memakmurkan negeri supaya rakyat akan rasa terbela dan kebajikan dijaga.  

“Oleh kerana saya yang memulakan kajian Pelan Perak Sejahtera 2030 dan telah dilancarkan, jadi, manifesto kita adalah meneruskan pelan yang baik ini,” katanya. – UTUSAN

 

CAPTION

 

SAARANI Mohamad mengendalikan jengkaut ketika menyempurnakan simbolik perasmian projek menggantikan jambatan Sungai Kinchap di Kampar hari ini. – UTUSAN/ASLIZA MUSA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya