BN, Padu solusi masalah negara

BN, Padu solusi masalah negara

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Manifesto Perancangan Amal dan Usaha (Padu) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran oleh Barisan Nasional (BN) untuk menyelesaikan masalah yang wujud akibat situasi politik sejak 2018.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) penting untuk BN mendapatkan kembali mandat rakyat yang kecewa disebabkan kerajaan 22 bulan dan 17 bulan.

Menurut beliau, rakyat kini sedang merindui kegemilangan pemerintahan BN selama enam dekad lalu yang membawa kepada pembangunan negara dan kerancakan ekonomi sehingga menatijahkan kesejahteraan kehidupan untuk seluruh rakyat.

“Sehubungan itu, PRU15 adalah peluang untuk seluruh rakyat Malaysia berganding bahu dan bersatu hati bagi menentukan hala tuju baru negara kita. Marilah bersama menyelamatkan negara serta tidak lagi bereksperimen dengan mereka yang tiada legasi dari segi rekod pembinaan negara.

“Rekod perkhidmatan BN membuktikkan pimpinannya selama ini kekal dan setia kepada agenda untuk memakmurkan negara serta memberikan kesejahteraan kepada rakyat. Keberadaan pemimpin BN bersama masyarakat semasa susah serta senang membuktikkan BN amat dekat dengan denyut nadi rakyat,” katanya semasa menyampaikan perutusan.

Ahmad Zahid berkata, BN sentiasa meraikan pelbagai pandangan dan berpegang kepada prinsip kolektif iaitu keputusan yang dibuat adalah secara bersama dan bersandarkan kepada keutamaan kebenaran serta konsisten

“Inilah yang diperlukan oleh Malaysia dan ini juga pendekatan BN selama ini yang mampu menjamin kestabilan agar dapat terus dipelihara. Kestabilan amat penting untuk negara bagi menarik semua keyakinan untuk datang semula terutama pelabur-pelabur.

“Insya-Allah jika BN diberi mandat semula pada PRU15, negara ini akan dijanjikan dengan agenda lebih mantap, yakinlah amalan yang dipraktikkan oleh BN, tiada sorang pun pemimpin lebih tinggi daripada parti dan rakyat. Dengan prinsip ini BN mampu kekal teguh walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan politik,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tidak sepatutnya diberikan mandat sekali lagi memandangkan tempoh pemerintahan mereka sebelum ini terbukti gagal walaupun mempunyai pemimpin tersohor.

“BN berjanji untuk melakukan perubahan yang progresif dalam masa beberapa bulan akan datang, kami berjanji untuk memberi lebih baik kepada rakyat Malaysia selepas PRU15 dan kami juga berazam untuk mengangkat martabat Sabah dan Sarawak.

“Kami berjanji untuk membuka ruang bagi jawatan timbalan-timbalan Perdana Menteri kepada tokoh daripada Sabah dan Sarawak selain tokoh daripada Semenanjung. Ini menunjukkan kesungguhan BN dalam memartabatkan wilayah-wilayah di negara,” ujarnya.-UTUSAN

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya