PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan di tiga kerusi Johor iaitu Simpang Renggam, Pengerang dan Kota Tinggi.
Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad meraih 18,312 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik yang meraih 16,491 undi sekali gus meraih majoriti 1,821 undi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula memenangi kerusi Parlimen Kota Tinggi dengan 25,410 undi.
Beliau menewaskan dua lawannya dengan majoriti sebanyak 8,390 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Ridhwan Rasman meraih sebanyak 17,020 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Onn Jaafar mendapat 4,903 undi.
Datuk Azalina Othman Said pula kekal menguasai Pengerang apabila mencatatkan majoriti 5,010 setelah meraih 21,738 undi.
Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Fairulnizar Rahmat yang meraih 16,728 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Che Zakaria Mohd. Salleh yang meraih 3,374 undi. – UTUSAN