BN lebih relevan jika menang banyak di kerusi bandar

BN lebih relevan jika menang banyak di kerusi bandar

JOHARI Abdul Ghani (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada belia ketika mengadakan pertemuan dengan golongan belia pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi Belia di Kuala Lumpur. - FOTO/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebuah parti politik akan dilihat lebih relevan jika menang banyak di kerusi-kerusi bandar. 

Menyifatkan perkara itu sebagai suatu cabaran, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, ia penting bagi menangani permasalahan rakyat yang berlaku selain di luar bandar.

“Sangat penting (menang di kawasan bandar) kerana ia mencerminkan relevannya sesebuah parti itu. Kita tak mahu parti yang ada pengalaman, tapi dalam bandar tidak menang. Kita kena ada wakil dalam bandar, kalau ada pun how do you present people dalam bandar ini. 

“Maksud saya adalah, kita kena ada strategi jangka panjang untuk memenangi hati masyarakat bandar. Tidak kiralah masyarakat itu Melayu ke, Cina ke India ke, kita kena letakkan kesungguhan bukan ketika pilihan raya tetapi perlu berpandangan jauh. 

“Selain itu, kita kena buat kerja secara konsisten supaya mereka tahu kita memahami permasalahan mereka,” katanya 

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, hampir 73 peratus penduduk di Malaysia menetap di kawasan bandar dan BN perlu relevan untuk memenangi kerusi di kawasan berkenaan. 

“Kalau UMNO ingin menjadi relevan, kita mesti menang kerusi di bandar, kalau tak 100 peratus pun, sekurang-kurangnya 20 hingga 30 peratus untuk kita menang kerana di sini terdapat banyak isu masyarakat termasuk dari segi pemikiran dan jalinan. 

“Sebab itu kita perlu ada pemimpin yang terbaik di kawasan bandar dan bekerja keras untuk yakinkan pengundi di sini, dia bukan cerita pasal kawasan selamat. 

“Kalau tidak, semua orang nak cari kerusi selamat di luar bandar, tetapi realitinya isu adalah dalam kawasan bandar so apa yang mereka tidak puas hati di sini, bila mereka balik kampung, mereka akan menyebabkan tsunami di luar bandar pada masa akan datang,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya