BN Kuala Perlis akui Azahar ada pengaruh kuat

BN Kuala Perlis akui Azahar ada pengaruh kuat

KAMARUDIN Malek (empat dari kanan) berpelukan bersama Azahar Ahmad (lima dari kanan) selepas bertembung sewaktu turun dalam sesi walkabout di Pekan Kuala Perlis, Perlis. UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Kamarudin Malek dan jenteranya bergerak lebih agresif menjelang hari pengundian, Sabtu ini bagi mencari sokongan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sokongan itu bagi membolehkan BN mendapat sokongan majoriti memandangkan kerusi itu akan turut ditandingi calon Bebas, Datuk Azahar Ahmad yang mempunyai pengaruh kuat di kawasan itu dan merupakan bekas pemimpin UMNO Bahagian di situ.

Menurut Kamarudin, BN sememangnya sudah menjangkakan jumlah undi bagi pertembungan kerusi itu akan pecah disebabkan pencalonan Azahar dan parti itu tiada pilihan selain perlu meneruskan perjuangan dalam PRU15.

“Memang kita jangka berlaku (pecah undi) sebab saya dan Azahar sebelum ini memang di bawah satu platform (UMNO).

“Apabila keadaan jadi begini, maka dari segi sokongan itu pastinya akan ada yang memihak padanya (Azahar) juga. Dan bila berlakunya perpecahan undi ini, kita terpaksa cari sokongan lain untuk memastikan kemenangan BN di sini,” katanya selepas mengikuti sesi walkabout di Pekan Kuala Perlis di sini hari ini.

Turut sama dalam sesi itu adalah Pengerusi BN Perlis yang juga merupakan calon BN DUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man bersama calon-lain iaitu Datuk Dr. Fathul Bari Jahaya (Parlimen Kangar); Lim Weng Khee (DUN Indera Kayangan); Saiful Daniel Mohd. Yusof (DUN Sena) dan Hamizan Hassan (DUN Kayang).

Azahar sebelum ini mengambil pendirian untuk bertanding atas tiket Bebas dengan menggunakan logo kunci selepas namanya tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRU15.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu yang bakal dibawa beliau sekiranya menang pada PRU15, Kamarudin berkata, pihaknya akan melihat kepada permasalahan utama di kawasan itu membabitkan status hak milik penempatan penduduk.

“Sekitar 2,000 keluarga di sini masih menantikan penyelesaian isu ini dan kita akan cuba untuk mulakan satu tindakan yang boleh membantu mengatasi permasalahan ini berdasarkan kaedah bersesuaian dengan berpandukan dasar kerajaan.

“Kita tak janji masalah itu akan selesai namun kita cuba bantu dengan mengikut langkah disyorkan kerajaan,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sewaktu kempen PRU15, pihaknya mendapati tahap sokongan pengundi terhadap BN semakin diterima baik.

“Dengan sokongan diterima ini, kita yakin akan dapat membentuk satu kerajaan stabil demi kemakmuran rakyat secara bersama,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya