BN komited wujud tiga jawatan TPM

Tiada dalam manifesto, BN tetap komited wujud tiga jawatan TPM

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan Nasional (BN) kepada rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak, walaupun tidak dimasukkan dalam manifesto parti tersebut.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah tawaran diumumkan awal yang tidak perlu dimasukkan dalam manifesto BN dilancarkan malam tadi.

“(Tiga jawatan TPM) itu saya sebutkan ketika Perhimpunan Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Sabah, baru-baru ini.

“Ia adalah tawaran yang (sudah) diberitahu awal dan tidak dicatatkan dalam manifesto ini sebab sudah diumumkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas memberi taklimat dan perbincangan bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) serta Ketua Cawangan UMNO di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, BN akan melantik tiga TPM mewakili Semenanjung, Sabah dan Sarawak jika parti itu kembali mentabdir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pada hemat beliau, kerajaan baharu BN akan mewujudkan jawatan tersebut dengan portfolio kementerian yang ditentukan dalam Kabinet.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua calon BN bukan sahaja perlu memahami tetapi menghayati semua 99 aku janji parti itu dalam manifestonya.

Jelasnya, ia adalah prosedur standard yang  ditentukan untuk semua calon BN kerana mereka yang memantau pelaksanaannya serta menerangkannya kepada pengundi di kawasan masing-masing.

Beliau memaklumkan banyak perubahan dilakukan dalam manifesto tersebut yang tidak pernah ditawarkan dalam PRU sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya