PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) bersetuju tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu susulan ketetapan Dewan Tertinggi BN.
“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.
Ismail Sabri berkata, susulan ketetapan tersebut, maka BN memilih kekal sebagai pembangkang.
“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” katanya. – UTUSAN