BN dengar kehendak akar umbi

BN dengar kehendak akar umbi tampil calon muka baharu

DATUK Rozabil Abd. Rahman (dua dari kiri) dan Syed Atif Syed Abu Bakar (tiga dari kiri) beramah mesra dengan masyarakat Cina di pasar pagi pekan Pauh, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Barisan Nasional (BN) mendengar kehendak akar umbi dan rakyat secara keseluruhan yang mahukan parti berubah dan menampilkan calon muka baharu yang lebih segar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon BN kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh, Syed Atif Syed Abu Bakar berkata, BN menampilkan lebih daripada 80 peratus muka baharu sebagai calon mereka dalam PRU15 sebagai terjemahan kepada perubahan parti.

Katanya, inilah tawaran awal yang BN cuba bentuk dengan menawarkan kerajaan lebih segar dan idea-idea baharu bagi membawa perubahan lebih baik buat negara.

“PRU15 kali ini juga sangat penting khususnya buat pengundi muda dalam membantu menentukan kestabilan dan kemakmuran negara pada masa hadapan.

“Parti yang kuat perlu dipilih dalam PRU15 untuk memimpin negara dan hanya BN yang mampu kerana mempunyai rangkaian kukuh hingga ke peringkat akar umbi,” katanya di sini hari ini.

Syed Atif antara calon muka baharu yang diketengahkan dalam PRU15 dan bakal bertanding dalam saingan empat penjuru menentang Khalid Ahmad (Warisan); Azhar Ameir (PH) dan Megat Hasirat Hassan dari PN.

Sementara itu, Syed Atif yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Arau berkata, isu dalaman selepas Datuk Seri Shahidan Kassim digugurkan sebagai calon BN di Parlimen Arau berjaya diselesaikan dengan baik apabila kesemua bilik sudah mula beroperasi.

Katanya, semua bilik gerakan BN masih beroperasi 100 peratus dan hanya berdepan beberapa masalah teknikal pada peringkat awal .

“Shahidan sebelum ini bertindak untuk mengambil semula semua khemah tajaan beliau di bilik gerakan selepas parti tidak menyenaraikannya sebagai calon untuk bertanding dalam PRU15.

“Bagaimanapun masalah itu hanya berlaku dalam masa dua hari dan bilik-bilik gerakan telah beroperasi semula seperti biasa selepas mendapat khemah-khemah baharu untuk ditempatkan di sana. 

“Disebabkan jumlah khemah yang diperlukan di bilik gerakan itu banyak, maka kita perlu mencari kemudahan tersebut dari negeri luar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh untuk dibawa ke sini. Namun tiada satu pun bilik gerakan di mana-mana cawangan terbubar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya