BN calon Khairuddin di Kuala Nerus bukan 'rampas kerusi' 

BN calon Khairuddin di Kuala Nerus bukan ‘rampas kerusi’ 

AHMAD Razif Abd. Rahman membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak pada program isi minyak percuma di sebuah stesen minyak di Kampung Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu, hari ini.  - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pemilihan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali sebagai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum (PRU15) bukan tindakan  ‘merampas kerusi’ dalam parti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir daripada UMNO, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, keputusan tersebut diambil pucuk pimpinan parti bagi menjamin kemenangan  BN di Parlimen tersebut.

Katanya, walaupun sebelum ini terdapat beberapa nama daripada UMNO di Parlimen ini dicadangkan untuk dipilih sebagai calon, pimpinan parti percaya Khairuddin dapat memberi kemenangan kepada parti.

“Pimpinan parti sudah tentu membuat penilaian atau kajian sewajarnya dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas pemilihan calon di semua kerusi Parlimen. Atas sebab itu, keputusan pucuk pimpinan disambut baik kami di Seberang Takir dan berjanji membantu calon BN itu menang dengan majoriti besar,” katanya ketika ditemui pada program isi minyak percuma kepada  penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Kampung Teluk Ketapang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Razif mengakui pemilihan Mohd. Khairuddin sebagai calon tidak disenangi sesetengah pihak.

Beliau berkata, isu itu adalah perkara biasa dan terpaksa dihadapi BN setiap kali PRU terutama melibatkan penyenaraian dan pengguguran calon.

“Bukan mudah memuaskan hati semua orang, apabila letak calon di sini, ada yang tak berkenan dan jika letak calon di sana, pun sama. Situasi itu bukan baharu, tetapi dah lama berlaku. Pendirian Pas untuk tidak meneruskan Muafakat Nasional (MN) mengecewakan pengundi dan dibantu jentera pilihan raya, saya percaya masyarakat kembali memilih BN di Terengganu,” katanya.

Pada PRU14, Khairuddin mengekalkan kemenangan di Kuala Nerus setelah memperoleh 37,974 undi dengan majoriti 8,447 menewaskan calon BN, Tengku Asmadi Tengku Mohamad yang mendapat 29,527 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Abdullah Muhammad (4,604 undi).

Bagaimanapun beliau mengumumkan keluar daripada Pas pada Mac lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya