BN belum bincang calon TPM termasuk Khairy

BN belum bincang calon TPM termasuk Khairy

ISMAIL Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin semasa berkempen Kota Damansar hari ini. -UTUSAN/ AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Barisan Nasional (BN) belum berbincang untuk melantik mana-mana calon parti berkenaan termasuk Khairy Jamaluddin yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tumpuan utama BN buat masa ini adalah untuk memenangi  Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) Sabtu ini.

“Kita menang dahulu, calon Timbalan Perdana Menteri belum bincang lagi iaitu calon daripada UMNO, Sabah dan Sarawak.

“Semua keputusan itu selepas kita menang jadi saya seru semua rakyat Malaysia mengundi dan beri peluang kepada BN.

“Insya-Allah kita akan lantik Timbalan Perdana Menteri seperti dijanjikan, siapa itu kita akan tentukan,” katanya kepada pemberita selepas program Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan KJ, di Uptown Kota Damansara, di sini, malam tadi.

Terdahulu, Ismail Sabri sempat meluangkan masa menjamu selera dan beramah mesra bersama penduduk setempat di kedai makan bersama Khairy yang merupakan calon BN Parlimen Sungai Buloh.

Ismail kemudiannya bertemu pengunjung serta peniaga Uptown Kota Damansara sambil membantu Khairy berkempen sebelum bergerak ke Kuala Selangor.

Sebelum ini, media melaporkan cadangan daripada EXCO Pemuda UMNO yang mahu Khairy dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya BN menang pada PRU 15.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan berkenana perlu melalui mesyuarat di peringkat Exco dan dipersetujui semua sebelum diangkat kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Itu sistem yang kita ada. Dalam soal ini tidak timbul soal hendak meremehkan pandangan sesiapa kerana ia merupakan sebuah pandangan yang kita harus raikan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya