Bina 21,139 rumah dalam tempoh lima tahun

Bina 21,139 rumah dalam tempoh lima tahun

ONN HAFIZ GHAZI bergambar bersama-sama para penerima surat hak milik rumah pada Majlis Ramah Mesra Parlimen Johor Bahru Bersama Menteri Besar Johor di Pangsapuri Seri Aman, Larkin, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri berhasrat membina sebanyak 21,139 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, hasrat itu selari dengan Dasar Perumahan Johor bagi memenuhi keperluan rakyat, khususnya mereka yang tidak mempunyai rumah dan tanah. 

Beliau berkata, pada tahun ini sahaja sebanyak 2,400 unit rumah dijangka siap dibina menjelang hujung tahun ini.

“Apabila sebut mengenai rumah mampu milik, ia merujuk unit yang berharga RM42,000, RM80,000 dan RM150,000, ini adalah subsidi daripada kerajaan.

“Setakat ini, kita sudah bina sebanyak 2,200 unit rumah yang undian dan penyerahan kunci telah pun dibuat. Jadi, saya jangka hingga hujung tahun kita dapat menyiapkan lagi 200 unit,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Menduduki Rumah Pangsapuri Seri Aman 1 Larkin yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Mohd. Jafni berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pemaju untuk bersama-sama memastikan sasaran itu dapat dicapai.

Katanya, Dasar Perumahan Johor menetapkan pemaju untuk membina rumah mampu milik, iaitu 40 peratus daripada projek perumahan yang dilakukan.

“Sebanyak 60 peratus kita beri pemaju untuk bina rumah mahal, tidak kiralah rumah itu bernilai RM400,000 sehingga RM1 juta, itu terpulang kepada mereka.

“Tetapi 40 peratus menjadi tanggungjawab mereka bina rumah mampu milik yang harga RM150,000, RM80,000 dan RM42,000.

“Menerusi dasar perumahan yang baru itu nanti, kerajaan negeri akan berkerjasama erat dengan pemaju perumahan untuk memastikan kouta rumah mampu milik itu dapat disediakan,” katanya. 

Pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan 57 pemaju perumahan yang berdepan isu menyediakan rumah tersebut ekoran nilai tanah dan kos yang semakin meningkat. 

Justeru, harga rumah mampu milik dijangka akan mengalami perubahan melibatkan rumah berharga RM80,000 dan RM42,000, namun rumah berharga RM150,000 tidak berlaku perubahan. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya