Bersedia berkhidmat 100 peratus demi rakyat Klang

Bersedia berkhidmat 100 peratus demi rakyat Klang

TEE Hooi Ling (dua dari kiri) ketika menyapa beberapa pengundi Cina di sebuah tokong di Taman Eng Ann, Klang, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Komitmen 100 peratus akan diberikan demi penduduk yang tinggal di daerah Klang sekiranya dipilih sebagai ahli Parlimen kawasan tersebut.

Itu tekad Calon Barisan Nasional (BN), Tee Hooi Ling sebagai janji kepada penduduk di daerah berkenaan yang menagih seorang wakil rakyat sanggup bekerja untuk mereka.

“Bila turun kempen, ramai yang mengeluh pada saya yang wakil rakyat mereka tidak melakukan tugas sebaiknya.

“Begitu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di daerah Klang sehingga kini,” katanya ketika kempen mengundi di sebuah tokong Cina di Taman Eng Ann, di sini, semalam.

Menurutnya, antara masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti jalan rosak, kegagalan mengutip sampah di beberapa kawasan serta tidak menyediakan infrastruktur yang diperlukan.

Justeru, kata Hooi Ling, beliau akan mencari jalan penyelesaian kepada kesemua permasalahan ini sebaik sahaja dipilih sebagai ahli Parlimen.

“Walaupun pernah kalah semasa bertanding pada PRU14 lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran, saya tidak pernah kecewa untuk turun padang membantu rakyat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pengundi di Parlimen Klang supaya mengundi saya supaya semua perkara dapat direalisasikan,” katanya yang juga Ketua Wanita MCA Selangor.

Selain menyelesaikan isu rakyat, Hooi Ling juga mahu menjadikan Parlimen Klang supaya menjadi lebih indah dan ceria kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana menurutnya, bandar tersebut berpotensi besar untuk menjadi sebuah pusat pelancongan yang lebih menarik sekiranya banyak usaha mengindahkannya dapat dilakukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya