Berkerusi roda, Koperal Maslinda komited buang undi - Utusan Malaysia

Berkerusi roda, Koperal Maslinda komited buang undi

PETUGAS SPR, Mohd. Mustaqim Naser membawa Koperal Siti Maslinda Nordin hadir pada proses pengundian awal di Dewan Serbaguna IPK Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini hari ini menarik perhatian dengan kehadiran seorang anggota polis wanita berkerusi roda yang lumpuh separuh badan, namun tetap komited menunaikan tanggungjawabnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Koperal Siti Nor Maslinda Nordin selesai membuang undi kira-kira pukul 8.25 pagi tadi dengan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketika ditemui pemberita, Siti Nur Maslinda, 43, memberitahu, beliau kehilangan upaya selepas terlibat kemalangan pada 2009 ketika pulang bertugas dari Balai Polis Parit, Perak.

“Kejadian itu berlaku pada 13 tahun lalu apabila saya terbabas ketika memandu pulang ke rumah selepas selesai bertugas sebagai petugas am di balai berkenaan.

“Kejadian berlaku mungkin disebabkan saya terlalu penat kerana hari sebelumnya terlibat dalam sukan bola jaring dianjurkan IPK Perak,” katanya.

Proses pengundian awal PRU15 bagi pegawai dan anggota polis negeri ini berlangsung di IPK Melaka, sejak pukul 8 pagi tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, seramai 2,504 pegawai dan anggota akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing di 24 pusat pembuangan undi (PPU).

Dalam pada itu, tambah ibu kepada tiga anak itu, peristiwa pahit berkenaan langsung tidak melunturkan semangatnya terus berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama hampir 24 tahun.

“Saya baru pindah ke sini pada 2020 dan bertugas di Jabatan Pengurusan Bahagian Pelesenan IPK Melaka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya