Bergaduh biasalah, kami adik-beradik -Ivyone

Bergaduh biasalah, kami adik-beradik -Ivone

LOW Yi Wen diterima baik jentera BN walaupun sebelum ini kecoh mengatakan ahli UMNO Ampang memboikot sebagai calon PRU15 Parlimen Ampang.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG :  Tidak timbul isu tentangan atau memboikot daripada UMNO Ampang terhadap calon Barisan Nasional (BN) Parlimen berkenaan, Low Yi Wen setelah keputusan pencalonan mendapat sokongan akar umbi dan jentera.

Yi Wen atau lebih dikenali sebagai Ivone berkata, isu yang sengaja ditimbulkan itu berniat jahat untuk memburukkan nama dan imejnya sebagai calon.

“Kami ini macam adik-beradik, bergaduh sikit-sikit itu adalah tetapi nak sampai bermasam muka, tidak menyokong atau boikot-memboikot itu tidaklah.

“UMNO Ampang sentiasa bersama saya. Saya yakin UMNO dan BN adalah sebuah parti yang profesional dan tidak akan ada tipu helah. Jadi, tak perlu main isu ini untuk memburukkan atau jatuhkan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum penamaan calon, tersebar satu video klip yang menunjukkan ahli UMNO Ampang memboikot Ivone yang terpilih sebagai calon BN Ampang mendapat perhatian umum.

 Tambah anak jati Ampang yang mula berkhidmat di kawasan tersebut sejak berusia 18 tahun mengikut jejak datuk dan ibu bapanya itu, UMNO dan BN sentiasa bekerjasama dan menyokongnya sebagai calon walaupun daripada MCA.

“Kami sentiasa bekerjasama dengan semanagat BN sejak mencapai kemerdekaan. Walaupun ada kala tidak sependapat tetapi kami sentiasa berpegang pada visi dan misi BN untuk mempertahankan dan membawa kemajuan kepada negara. 

“Segalanya (tidak sependapat) akan diselesaikan dengan baik dan kami sentiasa ada untuk warga Ampang,” ujanya.

Ivone akan berdepan sembilan penjuru terdiri daripada Datuk Zuraida Kamaruddin (Parti Bangsa Malaysia), Rodziah Ismail (Pakatan Harapan), Shasha Lyna Abdul Latiff (Perikatan Nasional), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi (Parti Pejuang Tanah Air), Bryan Lai Wai Chong (Parti Warisan) dan tiga calon bebas iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd. Yunos, Tan Hua Meng dan M. Raveendran.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya