Beberapa kawasan di Shah Alam mulai banjir

Beberapa kawasan di Shah Alam mulai banjir

AIR naik dipercayai sehingga paras buku lali di sebuah taman perumahan di Seksyen 32, Shah Alam, Selangor petang ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Beberapa lokasi di sekitar Shah Alam dikatakan mula banjir susulan hujan lebat petang ini, sejak pukul 3 petang sehingga kini.

Menerusi perkongsian di media sosial mendapati antara lokasi tersebut termasuk di Seksyen 17,24 dan 32 mula melimpah.

Difahamkan, terdapat beberapa buah rumah di sekitar mukim ini sudah dinaiki air sehinggi ke paras buku lali.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba sudah membuat tinjaun di beberapa lokasi yang dikatakan ketika ini.

“Kita akan maklumkan semula selepas semua anggota selesai membuat tinjaun,” katanya ringkas ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, terdapat netizen memaklumkan bahawa jalan dari Seksyen 17 ke Seksyen 18, air sudah dinaiki paras buku lali.

“Jadi, guna jalan lain dan elakkan guna jalan tersebut.

“Difahamkan di Bukit Kemuning, ada beberapa rumah sudah dinaiki air,” komen seorang netizen di media sosial Facebook. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya