Beberapa kawasan di Shah Alam, Klang banjir kilat

Beberapa kawasan di Shah Alam, Klang banjir kilat

TANGKAP layar sebuah video paras air di Taman Maznah, Klang, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Beberapa kawasan di sekitar Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlaku selama beberapa jam, malam semalam sehingga awal pagi ini.

Menerusi perkongsian yang dibuat beberapa pengguna media sosial, antara kawasan yang terjejas ialah Taman Sri Muda, Seksyen 26, Kampung Kebun Bunga, Kampung Jawa, Jalan Kebun dan Taman Maznah.

Difahamkan, air naik sehingga paras buku lali kira-kira pukul 4 pagi, namun keadaan masih terkawal.

Beberapa pengguna media sosial juga memaklumkan bahawa paras air Sungai Damansara dan Sungai Klang tinggi, namun tidak melimpah di kawasan darat.

Namun beberapa warganet memaklumkan bahawa air mulai surut kira-kira pukul 7 pagi di beberapa lokasi ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan masih dalam terkawal dan tidak ada orang awam yang diminta dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Cuma ada seorang warga emas yang tinggal di Taman Chi Liung, Klang meminta pertolongan bomba membawanya ke rumah keluarganya di sekitar kawasan tersebut, kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

“Difahamkan, wanita berusia 82 tahun itu mengalami penyakit Parkinson dan beliau kini berada bersama ahli keluarganya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya