Batal semua program kempen, fokus bantu mangsa banjir

Batal semua program kempen, fokus bantu mangsa banjir

MUHAMMAD Noor Azman (kiri) ketika menyantuni beberapa mangsa banjir Meru di PPS SMK Sungai Binjai, Klang, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kapar berikrar akan cuba menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Parlimen tersebut sekiranya terpilih menjadi ahli Parlimen di sana.

Calon BN, Muhammad Noor Azman berkata, pelan penyelesaian masalah banjir di kawasan Parlimen tersebut dimasukkan ke dalam manifesto BN Kapar untuk direalisasikan.

“Antara intipati manifesto saya adalah membesarkan longkang dan parit yang sedia ada serta melakukan penyelenggaran terhadap sistem perparitan.

“Saya lihat, longkang yang sedia ada di sekitar kawasan Meru dan Sementa sudah tidak lagi mampu menampung air yang begitu banyak,” katanya ketika ditemui di di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Binjai, di sini, hari ini.

Sementara itu, Muhammad memutuskan untuk membatalkan semua program kempennya dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 bagi membolehkan beliau fokus membantu kesemua mangsa bencana itu.

Menurutnya, bantuan kemanusiaan terhadap kesemua mangsa perlu diberikan supaya mereka terus positif menghadapi bencana tersebut.

“Semalam (Khamis), saya dan pasukan kempen membatalkan segala program yang direncanakan semalam dan terus ke kawasan yang sudah dinaiki air.

“Saya serta pasukan membantu memindahkan mangsa serta barang mereka daripada kawasan banjir,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya