Bas percuma pengundi Beruas di Singapura

Bas percuma pengundi Beruas di Singapura

WONG May Ing (kiri) dan Jason Ng Thien Yeong menunjukkan risalah bas percuma dalam sidang akhbar Sitiawan, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pengundi Parlimen Beruas yang berada di Singapura boleh mendapatkan perkhidmatan bas percuma untuk balik mengundi di kampung asal masing-masing pada Sabtu ini.

Perkhidmatan itu disediakan seorang penyokong Pakatan Harapan (PH) yang berada di negara jiran itu selepas mendapati tiket bas untuk balik ke Malaysia pada hari mengundi sudah habis ditempah.

Penyandang dan calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Remis, Wong May Ing berkata, bas akan bergerak dari City Square dekat Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru, pada pukul 9 malam Jumaat ini.

Sementara, perjalanan pulang pula dilakukan pada pukul 9 pagi dan 6 petang pada Ahad dari kawasan Pantai Remis, Ayer Tawar dan Kampung Koh.

“Buat masa ini, satu bas disediakan untuk perjalanan dari Singapura ke sini dan dua bas dari sini ke negara jiran itu.

“Perkhidmatan itu bagaimanapun akan ditambah jika ada banyak permintaan daripada pengundi Beruas yang bekerja di Singapura,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Jason pula, beliau difahamkan ada pengundi yang turut berkongsi kereta dari Singapura untuk balik mengundi di Parlimen Beruas tetapi ramai juga yang tiada kenderaan untuk pulang ke kampung masing-masing.

Jelasnya, pengundi Beruas yang ingin menggunakan perkhidmatan bas percuma itu boleh menghubungi individu dikenali Khor di talian 017-7008137 atau WhatsApp di talian Singapura 65-85235477.

Bagi mereka yang ingin pulang semula ke Singapura selepas mengundi pula boleh menghubungi melalui WhatsApp 016-5507575. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya