Bank Rakyat serah sumbangan zakat RM228,465 MAIPs

Bank Rakyat serah sumbangan zakat RM228,465 MAIPs

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kanan) berkenan menyaksikan penyerahan zakat perniagaan Bank Rakyat kepada MAIPs di Pauh, Arau, Perlis.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Bank Rakyat menyerahkan sumbangan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 berjumlah RM228,465 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk diagihkan buat golongan asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Penyerahan sumbangan itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu majlis ringkas di pejabat cawangan Bank Rakyat di Pauh di sini hari ini.

Mohammad Hanis berkata, sejak tahun 2010, Bank Rakyat menunaikan zakat perniagaan buat negeri Perlis berjumlah RM4.1 juta.

“Bank Rakyat sentiasa mengambil tanggungjawab bagi menunaikan zakat perniagaannya dalam membantu golongan yang memerlukan khususnya di negeri ini,” katanya.

Berangkat sama menyaksikannya majlis penyerahan itu adalah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs.

Dalam pada itu, Suriani menerusi ucapannya berkata, Bank Rakyat sentiasa mengambil pelbagai pendekatan baharu dalam meneruskan usaha bagi membantu usahawan, koperasi dan masyarakat secara menyeluruh.

“Ini termasuklah dengan menyediakan platform pemasaran kepada usahawan yang dibimbing menerusi program RAKYATpreneur di Perlis,” katanya.

Tambahnya, usaha ini adalah amat penting bagi mengekalkan momentum pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19 bagi membantu memperkukuh pemulihan industri pelancongan, menggalakkan pertumbuhan hijau dan menangani isu sekuriti makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya