Banjir kilat Putrajaya: Mujur air tak sempat masuk rumah 

Banjir kilat Putrajaya: Mujur air tak sempat masuk rumah 

NORAISHAH bertanya khabar penduduk yang terbabit banjir kilat di Jalan A1, Presint 11, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Hanya satu inci lagi air nak masuk ke dalam rumah,” kata seorang kontraktor, Mahathir Hasnan, 28, mangsa banjir kilat di Jalan A1, Presint 11, petang semalam.

Dalam kejadian banjir kilat itu, rumah didiami Mahathir bersama beberapa buah rumah lagi hampir dimasuki air akibat banjir kilat itu selepas hujan lebat lebih sejam.

Mahathir ketika ditemui berkata, ini kejadian pertama dialaminya sejak mendiami kuarters teres dua tingkat itu sejak lapan tahun lalu.

“Air longkang mula melimpah selepas sejam hujan lebat, kami semua panik. Sekitar pukul 3 petang, jiran datang rumah maklumkan air mula naik.

“Saya sempat memindahkan beberapa barangan ke tingkat atas. Bagaimanapun, air kembali surut dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Noor Rahman Mohd Nordin, 55, berkata, banjir kilat itu adalah kali ketiga melanda kawasan kediamannya sejak menduduki kuarters berkenaan sejak 20 tahun lalu.

“Banjir kali ini agak teruk kerana ada kereta jiran yang dimasuki air,” katanya.

Difahamkan, insiden banjir kilat itu berlaku disebabkan saluran longkang yang tidak sempurna.

Malah, banyak aduan sudah dikemukakan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Bahagian Perumahan Hartanah (BPH), namun tiada tindakan lanjut dilakukan bagi mengatasi isu itu.

Dalam pada itu, insiden banjir kilat itu turut menarik perhatian calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz yang turut berkesempatan melawat lokasi kejadian malam tadi.

Noraishah berkata, beliau mahu pihak berkuasa meneliti dan menyelesaikan isu itu kerana ia boleh menjejaskan imej Putrajaya sebagai sebuah bandar pintar.

“Saya difahamkan, kuantiti air yang banyak menyebabkan banjir kilat itu. Ia juga sama ada saluran longkang tidak sempurna atau longkang tidak diselenggara dengan baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya