Baik pulih segera bumbung SMK Datok Lokman - Johari

Baik pulih segera bumbung SMK Datok Lokman – Johari

JOHARI Abdul Ghani (kanan) melawat SMK Datok Lokman yang terjejas akibat kejadian ribut, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja membaik pulih bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman, Desa Pandan, di sini  yang rosak akibat dipukul ribut, Sabtu lalu perlu disegerakan supaya proses pembelajaran dapat berjalan lancar seperti biasa.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kejadian itu menjejaskan hampir 500 pelajar tingkatan empat dan lima yang mana ada akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Beliau berkata, peruntukan kecemasan boleh digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaiki bumbung yang rosak.

“Kerja-kerja membaiki bumbung ini perlu dibuat segera. Slau isu bajet tidak ada, sebab dah hujung tahun, kes macam ini kita boleh pakai untuk emergency bajet (bajet kecemasan). Sebab itu saya nak minta persatuan ibu bapa dan suru (PIBG) sekolah ini buat satu surat  dan saya akan cuba minta pihak berkaitan seperti pengarah pendidikan melihatnya secara kecemasan. 

“Kita nak buat cepat benda ini sebab ia melibatkan 12 kelas. Sekolah ini dah kekurangan kelas, ini adalah sekolah dalam bandar yang mempunyai ramai pelajar. Hari ini pelajarnya ada yang pakai dewan, ada pakai makmal dan ini kena diselesaikan secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas melawat sekolah itu, hari ini.

Johari berkata, beliau akan menjadi pengantara bagi pihak ibu bapa dan PIBG dengan Kementerian Pendidikan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

“Cikgu-cikgu ini, kesian saya tengok kerana mereka hanya tenaga pengajar. Soal bajet ini, mereka tidak terlibat, PIBG pun sama. Jadi di sini, ada hubung kait wakil pemimpin dalam kawasan dengan PIBG kerana ia memberi kesan kepada ibu bapa yang mempunyai anak di sekolah ini,” katanya.

Katanya, bumbung sekolah tersebut perlu dibaiki secepat mungkin supaya tidak ‘berjangkit’ kepada permasalahan lain seperti sistem pendawaian elektrik.

Malah, katanya, kos membaik pulih bumbung sekolah tersebut tidak menelan kos yang besar, sekali gus tidak ada alasan masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan segera. 

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua PIBG SMK Datok Lokman, Saberi Ali berkata, beliau akan menyerahkan surat kepada Johari esok untuk tindakan lanjut.

Untuk rekod, kejadian bumbung rosak pernah berlaku di sekolah ini pada 12 April 2021 yang mana sebanyak 11 kelas terjejas dan  belum dibaik pulih sehingga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya