Bacaan selawat takbir iringi Calon BN Tumpat

Bacaan selawat takbir iringi Calon BN Tumpat

CHE Abdullah Mat Nawi (tengah) bersama wakil BN tiba untuk proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ), Tumpat, Kelantan hari ini.UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Bacaan selawat dan laungan takbir mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Che Abdullah Mat Nawi di pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) di sini untuk proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.

Che Abdullah yang sebelum ini bertanding atas tiket Pas merupakan penyandang kerusi Parlimen Tumpat pada PRU-14 lalu.

Hadir sama mengiringi Che Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Tumpat Datuk Zulkifli Abdullah.

Che Abdullah tiba di PTJ Tumpat pada pukul 8.52 pagi dan menjadi individu pertama yang mengemukakan borang pencalonan.

Difahamkan lima parti yang akan bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Tumpat iaitu Barisan Nasional (BN), Pas, Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Warisan (Warisan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pada PRU-14, Datuk Che Abdullah yang mewakili Pas berjaya menewaskan calon BN dan PKR dengan majoriti 17,500 undi.

Che Abdullah mendapat undi sebanyak 47,041 manakala Datuk Wan Johani Wan Hussin (BN) memperoleh 29,541 undi dan Datuk Nordin Salleh (PKR) hitang deposit selepas meraih 10,003 undi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya