Anwar tiba di Hotel Seri Pasifik

Anwar tiba di Hotel Seri Pasifik

ANWAR Ibrahim tiba di Hotel Seri Pasific
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sahkan beliau akan mengadakan perbincangan dengan UMNO. 

Beliau berkata ‘ya’ selepas ditanya media sama ada beliau hadir ke Hotel Seri Pasific  untuk membincangkan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN). 

Bagaimanapun, Anwar tidak mengulas lanjut sama ada beliau yakin masih mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan. 

Setakat ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail telah tiba di hotel itu. 

Terdahulu, Ahmad Maslan berkata 30 Ahli Parlimen BN yang memenangi PRU15 akan bertemu hari ini bagi membincangkan perihal kerjasama BN dengan parti lain. 

Semalam media melaporkan, pimpinan PH dan BN bakal mengadakan pertemuan rahsia di Hotel Seri Pacific, kira-kira jam 10 pagi ini, bagaimanapun perincian pertemuan itu tidak didedahkan.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid menafikan BN berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan berhubung penubuhan kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya