Anwar jangan amal politik sempit - Hishammuddin

Anwar jangan amal politik sempit – Hishammuddin

HISHAMMUDDIN Hussein beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Jom Santai Orang Muda Sembrong di Ngepot Kabin, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya berpolitik secara sihat dan tidak mengamalkan politik sempit dengan menyebarkan perkara yang tidak betul atau berunsur fitnah. 

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kenyataan Anwar kononnya anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dibayar sebanyak RM300 seorang anggota untuk mengundi adalah perkara karut dan tidak benar sama sekali. 

Tegas beliau, Presiden PKR tahu bahawa bukan hanya anggota tentera yang mengundi secara pos, malah banyak lagi agensi kerajaan lain turut melalui proses sama untuk mengundi.

“Kenyataan itu bukan hanya membuatkan anggota tentera marah, namun turut mempunyai perasaan yang sama adalah masyarakat awam kerana cuba merendahkan kredibiliti pasukan keselamatan negara. 

“Jangan hanya untuk kepentingan politik, dia (Anwar) sanggup untuk mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas sama sekali,” katanya mengulas dakwaan Anwar yang disiarkan sebuah portal berita kononnya terdapat kem tentera terutamanya di Bera, yang melaksanakan undian awal semalam selain dikatakan dibayar RM300. 

Sebelum itu, Hishammuddin yang juga calon BN di Parlimen Sembrong bersama-sama calon BN Parlimen Kluang, Gan Ping Sieu menghadiri Majlis Jom Santai Orang Muda Sembrong di Ngepot Kabin, di sini malam tadi. 

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, ATM sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi bencana banjir sekiranya berlaku pada bila-bila masa.

Katanya, sebelum Parlimen dibubarkan, pihaknya sudah menyatakan kesediaan untuk membantu mangsa banjir dengan meletakkan pasukan bertanggungjawab di setiap kawasan penempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya