Anwar enggan dedah rakan kerjasama

Anwar enggan dedah rakan kerjasama, dakwa miliki 112 kerusi

Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mendedahkan butiran parti atau mana-mana ahli Parlimen yang akan bekerjasama dengannya untuk membentuk kerajaan Pusat.

Sebaliknya menurut Anwar, beliau sudah mempunyai angka 112 iaitu nombor majoriti mudah bagi melayakkan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun Presiden PKR itu menjelaskan, proses berkenaan perlu dilakukan dengan cara betul seperti dimaklumkan Istana Negara.

“Sejak semalam, sudah cukup. Seperti yang saya kata semalam, ia sudah selesai.

“Bagaimanapun, saya mahu ia dilakukan dengan cara yang betul. Biar mereka (parti atau ahli Parlimen yang akan bekerjasama) mengeluarkan kenyataan sendiri.

“Apa pun, saya gembira kerana kita sudah menyelesaikannya. Saya fikir dengan sokongan yang diperoleh, saya yakin, insya-Allah, saya akan diberi peluang untuk menerajui negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar kediamannya di Kajang, dekat sini.

Terdahulu, timbul desas-desus bahawa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri De. Ahmad Zahid Hamidi didakwa mengadakan pertemuan dengan Anwar malam ini.

Ia dipercayai pembentukan kerajaan selepas PRU15.

Anwar kemudian sekali lagi menegaskan gabungan itu mempunyai majoriti membentuk kerajaan Persekutuan dan yakin beliau diberi peluang untuk menjadi Perdana Menteri.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya