Anwar diminta lapor polis dakwaan anggota tentera dibayar RM300

Anwar diminta lapor polis dakwaan anggota tentera mengundi awal dibayar RM300

HAMZAH Zainudin (tengah) beramah mesra bersama warga polis IPD Selama di Larut hari ini. - FOTO/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa ada anggota tentera mengundi pos di Parlimen Bera dibayar RM300, diminta tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, siasatan terperinci akan dijalankan pihak polis bagi mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan.

“Kalau betul mereka (tentera) ini dibayar dan ada bukti, kita minta Anwar Ibrahim buat laporan polis.

“Undang-undang negara kita, apabila ada laporan polis kita akan menjalankan siasatan secara mendalam,” katanya ketika ditemui pada program ramah mesra bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Anwar ketika berucap di satu majlis di Kuala Nerus, Terengganu bahawa ada anggota tentera dalam Parlimen Bera di Pahang sudah melaksanakan undi awal semalam.

Presiden PKR itu mendakwa, anggota tentera terbabit dibayar RM300 untuk berbuat demikian dan mempunyai bukti berkaitan dakwaannya itu.

Mengulas lanjut Hamzah turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan secara adil meskipun ia didakwa berlaku di kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Siasatan akan dilakukan secara adil tidak kira di mana (dakwaan itu berlaku) sekalipun di Bera. Walaupun calon (yang bertanding) merupakan Perdana Menteri.

“Sebab itu kalau dia betul-betul yakin ada (unsur rasuah), tunjukkan bukti dan i insya-Allah kita akan ambil tindakan dan ia adalah mengikut perundangan yang ada dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya