Anwar dakwa tentera tidak cukup peluru latihan menembak 

Anwar dakwa tentera tidak cukup peluru latihan menembak 

ANWAR Ibrahim disambut penyokong ketika tiba pada program Jelajah PH di Seri Manjung, Lumut, Perak, hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT:  Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, seorang pegawai kanan tentera berjumpanya bagi mengadu masalah kewangan kronik yang dihadapi pasukan keselamatan itu sekarang.

Beliau mendakwa, masalah itu berpunca daripada penyelewengan dan salah urus kewangan oleh kerajaan yang memerintah sekarang.

Katanya, masalah itu menyebabkan pasukan berkenaan menghadapi kekurangan peluru ketika melakukan latihan menembak dan ada anggota terpaksa menggunakan wang saku sendiri untuk menempah pakaian seragam.

“Baru-baru ini, seorang jeneral jumpa saya, ini bukan jeneral bersara, ini jeneral yang masih bertugas. Kalau dicabar oleh ketua turus angkatan bersenjata, saya boleh beritahu namanya.

“Dia datang jumpa saya, dia beritahu (isu) LCS (kapal tempur pesisir) semua kami tahu, (isu) 1MDB kami tahu, (isu pembelian) helikopter kami tahu, (skandal pembelian) kapal selam kami tahu. Tetapi dia kata lebih teruk daripada itu, tentera ketika membuat latihan menembak, peluru tiada, tidak cukup.

“Sebab wang tidak ada, ini kerajaan punya teruk, wang ada tetapi disonglap dan disakau (sehingga) tidak cukup. Lebih teruk daripada itu, ada anggota pangkat bawah terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membuat pakaian seragam,” katanya ketika berucap dalam ceramah Jelajah PH di Seri Manjung, di sini hari ini.

Menurut beliau, masalah serupa dihadapi golongan guru apabila mereka ketika ini terpaksa membeli sendiri peralatan dan keperluan mengajar.

Beliau bagaimanapun hairan dalam suasana demikian pun masih ada yang menyokong kerajaan sekarang semata-mata diberi RM300 sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden PKR itu menyifatkan mereka yang sanggup menggadai negara dan pertahanan negara semata-mata mendapat wang sebanyak itu sebagai tidak bermaruah.

“Apa jenis manusia tiada maruah, dalam PH orang bertanya siapa yang sokong, yang sokong ialah rakyat bawahan semua yang hidup susah.

“Jadi bila jadi wakil rakyat, pemimpin, dapat kuasa memerintah, jangan lupa sokongan golongan ini, bukannya membela tauke- tauke di atas. Siapa yang dapat untung daripada LCS, bukan orang bawahan, bukan tentera laut, tetapi penyamun, penyangak di atas, nama Datuk Seri, Tan Sri, Tun,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya