Annuar hadir beri sokongan pada Marzuani Ardilla - Utusan Malaysia

Annuar hadir beri sokongan pada Marzuani Ardilla

ANNUAR Musa (dua kanan) bersama penyokong mengaminkan doa di Pusat Penamaan Calon sebagai tanda sokongan kepada calon BN di Dewan Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Meskipun tidak tercalon untuk mempertahan kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar berjiwa ‘besar’ apabila turun padang memberikan sokongan kepada Marzuani Ardilla Ariffin yang bertanding di kawasan berkenaan.

Annuar yang tiba bersama penyokong di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Ketereh membacakan doa selamat.

Kehadiran Annuar itu pastinya menjadi ‘tonik’ buat Marzuani Ardilla dalam usaha mempertahan kerusi berkenaan.

Terdahulu, Marzuani Ardilla tiba pada pukul jam 8 pagi bersama Timbalan Ketua Bahagian UMNO Ketereh, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Pada PRU14 Annuar berjaya mempertahan kerusi itu dengan meraih majoriti 4,626 undi menewaskan calon Pas (Wan Ismail Wan Jusoh) dan PKR (Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin).

Annuar memperoleh undian sebanyak 25,467 undi, Pas (20,841) dan PKR (6,799). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya