Anifah Aman mengundi di Membakut

Anifah Aman mengundi di Membakut

ANIFAH Aman mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman turut tidak melepaskan peluang untuk mengundi di Parlimen Kimanis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Membakut pada 11 pagi tadi.

Ini kali pertama beliau tidak mempertahankan Kimanis, kerusi yang disandangnya sejak 2004 ketika mewakili Barisan Nasional (BN).

Kemenangannya pada PRU14 dibatalkan oleh Mahkamah Khas Pilihan Raya, memaksa pilihan raya kecil diadakan dan dimenangi oleh calon BN, Mohamad Alamin yang kini merupakan penyandang kerusi Kimanis.

Alamin berdepan persaingan lima penjuru dalam PRU kali ini yang terdiri daripada Daud Yusof (Warisan), Yusop Osman (Pejuang), Rowindy Lawrance (Pakatan Harapan) dan Amat Mohd. Yusof (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya