Anifah Aman keluar dari Pejabat Anwar

Anifah Aman keluar dari Pejabat Anwar

ANIFAH Aman keluar dari pejabat Anwar di Bukit Gasing, PJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kelihatan keluar meninggalkan Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing, Petaling Jaya, di sini pada pukul 3.45 petang tadi.

Beliau hanya menurunkan tingkap dan melambai pada petugas media.

Ketika musim kempen PRU15, Anifah Aman membuat kejutan apabila muncul dalam program Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar.

Anifah, yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) itu bukan sekadar hadir dalam Perhimpunan Kebangkitan Rakyat Sepanggar malah beliau secara terang-terangan menyatakan sokongan terhadap Anwar selaku calon Perdana Menteri.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya