Anggota polis buta tunai tanggungjawab mengundi

Anggota polis buta tunai tanggungjawab mengundi

ABDULLAH Sidee Mohamed (kiri) dipimpin rakannya selepas selesai mengundi awal di IPD Kuala Selangor, Kuala Selangor, Selangor. -UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang anggota polis yang cacat penglihatan antara 421 pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini, hari ini.

Koperal Abdullah Sidee Mohamed yang bertugas di Bahagian Logistik dan Cawangan Pengangkutan IPD itu antara paling awal tiba dengan dibantu rakannya, Koperal Amir Osman, pukul 8 pagi.

Abdullah Sidee, 34, berkata dia teruja dan bersyukur selesai mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya berasa amag lega dapat menunaikan tanggungjawab sebagai warga Malaysia biarpun cacat.

“Harapan saya supaya negara ini terus kekal stabil dan harmoni pada masa depan,” katanya ketika ditemui selepas proses pengundian awal itu.

Jelas beliau, PRU15 merupakan kali kedua dia mengundi dalam keadaan masalah penglihatan.

“Saya mengalami masalah ketumbuhan besar pada saraf mata sejak 2017. Terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membantu memudahkan proses pengundian dengan lancar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa menjadi pengundi pertama yang melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

“Seramai 421 anggota dan pegawai mengundi awal di empat saluran di daerah ini melibatkan tiga saluran di IPD Kuala Selangor manakala satu lagi di Balai Polis Tanjong Karang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya