Ancaman ekonomi jika PH kembali memerintah - Azmin

Ancaman ekonomi jika PH kembali memerintah – Azmin

MOHAMED Azmin Ali (tengah) ketika Majlis Bersama Komuniti Cina di Dewan Tokong Jalan Sungai, Lunas, Kulim. - FOTO/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Sekiranya Pakatan Harapan (PH) dibenarkan kembali memerintah, ianya dikhuatiri akan memberi ancaman kepada negara terutama dalam situasi ekonomi yang dijangka lembap pada tahun hadapan.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ekonomi Malaysia akan parah sekiranya mereka tidak meletakkan dasar yang pragmatik, progresif dan meyakinkan pelabur.

“Saya bimbang ekonomi Malaysia akan kembali kepada keadaan parah, apa yang PN lakukan hari ini adalah untuk menyiapkan negara berhadapan dengan kemungkinan kesan ketidaktentuan ekonomi tahun depan.

“Kita harap impaknya tidak terlalu besar kepada negara kerana asas ekonomi kita semakin kukuh, kesan ketidaktentuan ekonomi global pada 2023 akan mengurangkan impak ke atas ekonomi Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bersama Komuniti Cina di Lunas, hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, ekonomi negara dilihat semakin meningkat berdasarkan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini apabila mencapai pertumbuhan 14.2 peratus, lebih kukuh berbanding 8.9 peratus yang dicatat pada suku kedua.

Jelasnya, pendekatan yang tidak sihat oleh PH ketika memerintah selama 22 bulan lalu dengan menekan peniaga menyebabkan ekonomi negara tidak stabil.

Oleh itu ujarnya, PN mengambil pendekatan dengan mesra pelabur serta melancar misi perniagaan dengan pelabur luar negara.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohamed Azmin berkata, masyarakat Cina perlu memberi sokongan kepada calon PN demi kestabilan dan kemakmuran negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya