Amir Masdi elak buat lagu ‘asal boleh’ - Utusan Malaysia

Amir Masdi elak buat lagu ‘asal boleh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Amir Masdi memaklumkan dia amat mementingkan karya berisi dan tidak bertoleransi dengan mana-mana lagu ‘asal buat’ untuk meraih populariti.

Kata Amir yang juga seorang penggubah lagu, perkara itu penting untuk memastikan peminat atau pendengar dapat menikmati karya berkualiti yang dihasilkannya.

“Lagu sekarang tidak seperti dahulu yang isi dan melodinya kuat. Kadang kala saya frust juga kerana pembikin sekarang ramai yang hanya ikut trend, buat lagu untuk tular dan popular di platform media sosial semata-mata.

“Bagaimanapun, saya tidak salahkan mereka kerana corak pasarannya begitu, tular di media sosial. Disebabkan itu, ramai yang buat untuk menyasarkan kelompok pendengar sedemikian.

“Tetapi, sebagai penyanyi dan penggubah lagu serta penulis lirik yang amat mementingkan isi dalam lagu, saya buat lagu bukan untuk popular semata-mata,” katanya.

Amir juga berkata, industri memerlukan pelapis yang boleh menghasilkan lagu seperti orang lama agar karya yang bagus tidak pupus.

“Lagu lama banyak yang berisi, ada maksud, cerita dan terkait dengan pengalaman pendengar. Tidak dibuat untuk berhibur semata-mata.

“Kita kena ada pelapis yang boleh menghasilkan lagu seperti ini. Kalau tidak, karya sebegini akan pupus,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya