Aminuddin tiba awal di pusat penamaan calon

Aminuddin tiba awal di pusat penamaan calon

AMINUDDIN Harun (berbaju Melayu) bersama para penyokongnya tiba di Pusat Penamaan Calon Parlimen Port Dickson di Kompleks Pentadbiran Port Dickson , Negeri Sembilan.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menjadi calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi Parlimen Port Dickson tiba di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 7.40 pagi tadi.

Aminuddin yang memandu sendiri kereta berpakaian baju Melayu dengan ditemani isterinya kelihatan tenang dan memaklumkan masih dapat tidur lena semalam.

“Malam tadi tidur lena setakat ini semua berjalan lancar, lepas ini tidak tahu macam mana,” katanya ringkas.

Aminuddin dijangka disaingi calon Barisan Nasional (BN) yang diwakili Ahli Majlis Tertinggi MIC, Datuk P.Kalamananthan dan calon Pejuang, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Turut memberikan saingan dalam pertembungan lima penjuru itu ialah calon Perikatan Nasional (PN), Rafiei Mustapha dan calon Barisan Penyatuan Nasional (BPN), Abdul Rani Kulup Abdullah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya