Aminuddin gembira jika Tok Mat jadi TPM

Aminuddin gembira jika Tok Mat jadi TPM

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui beliau gembira sekiranya Ahli Parlimen Rembau yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, berdasarkan pengalaman dan ketokohan yang ada pada Mohamad, beliau yakin Timbalan Presiden UMNO itu boleh diketengahkan untuk jawatan tersebut.

“Secara peribadi, beliau (Mohamad) orang Negeri Sembilan jadi saya lagi suka beliau jadi Timbalan Perdana Menteri.  Beliau tokoh dalam parti UMNO dan berpengalaman, di peringkat negeri saya memang menyokong.

“Mengenai jawatan itu terserah kepada Allah S.W.T dan jika diikutkan semua layak,” katanya kepada pemberita sebelum beliau menghadiri sesi Persidangan Keempat (Belanjawan), Penggal Kelima,  Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14 di sini.


AMINUDDIN Harun ketika ditemui pemberita di Seremban, Negeri Sembilan,  hari ini. – UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jawatan nombor dua itu bakal diisi parti rakan kerajaan perpaduan iaitu daripada BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Media hari ini melaporkan, Mohamad antara yang disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beberapa kementerian strategik juga mungkin akan diisi oleh tokoh besar dari BN serta GPS selain pemimpin  PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya