Ameng Spring curi tumpuan kempen BN di Sepang

Ameng Spring curi tumpuan kempen BN di Sepang

PESERTA hadir berswafoto dengan ketiga-tiga artis di sesi Santai Anak Muda bersama calon BN di Kampung Dato Abu Bakar Baginda, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Para penyokong tegar Barisan Nasional (BN) Sepang di Kampung Dato Abu Bakar Baginda di sini malam tadi bukan sahaja dikejutkan dengan kehadiran tiga penyanyi popular, malah, salah seorang artis tersebut tidak melepaskan peluang menyampaikan dua lagu malar segarnya secara ‘live’ pada sesi Santai Anak Muda bersama calon BN, Anuar Basiran.

Kemeriahan jelas dapat dirasai apabila mereka turut beramai-ramai menyanyikan bersama lagu Bourgenvilla dan Romantis ketika dilantunkan Ameng Spring pada acara berkenaan.

Terdahulu, penyanyi dengan nama sebenarnya, Wan Aminuddin Wan Ismail itu turut berucap mengajak hadirin menyokong BN yang banyak menyumbang jasa kepada rakyat tanpa jemu.

Artis berasal dari Besut, Terengganu yang berusia 53 tahun itu turut senada dengan dua lagi rakannya, Datuk Nash atau Nasharuddin Elia serta Ara Johari yang juga datang berkempen. 

“Saya dengan rendah hati merayu anda semua agar tekad untuk hanya memangkah BN pada hari pengundian kelak dan tidak ulangi kesilapan sebelum ini,” jelasnya penuh bersemangat sambil mengingatkan masyarakat bahawa hanya BN bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. 

Meskipun BN kalah kali pertama dalam sejarah, parti itu masih lagi menabur bakti dan beliau mengimbau keluhan ramai apabila ditadbir blok lawan yang tidak prihatin kesusahan rakyat.

Secara kebetulan dua lagu yang dinyanyikan Ameng itu mengandungi lirik yang seolah-olah kecewa ditipu dengan janji manis palsu oleh parti tertentu dan berazam memilih lebih baik.

Mereka yang hadir juga tidak sekadar berebut-rebut untuk berswafoto dengan ketiga-tiga artis berkenaan selepas program tersebut tamat, bahkan beramah mesra bersama-sama Anuar. 

Kerusi Parlimen Sepang menyaksikan persaingan sengit lapan penjuru termasuk calon dari Perikatan Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Pejuang Tanah Air selain dua wakil Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya