‘Akses pendidikan Parlimen Kota Raja ketinggalan’

‘Akses pendidikan Parlimen Kota Raja ketinggalan’

D. Kajendran (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran manifesto BN Kota Raja di Taman Maznah, Klang, Selangor.-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sektor pendidikan akan dipertingkatkan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Parlimen Kota Raja pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon BN, D.Kajendran berkata, akses pendidikan kawasan Parlimen tersebut masih lagi ketinggalan berbanding kawasan Parlimen lain.

“Di kawasan Parlimen Kota Raja, bilangan sekolah menengah serta tenaga pengajar tidak mencukupi sedangkan jumlah penduduk di sini semakin ramai.

“Saya difahamkan, terdapat beberapa sekolah yang mana, satu bilik darjahnya mempunyai 60 murid dan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika melancarkan manifesto BN Kota Raja di Taman Maznah, di sini, malam semalam.

Menurutnya, beliau sudah meminta Kerajaan Pusat supaya membina dua buah sekolah menengah di Johan Setia dan Bandar Putera bagi menampung jumlah murid sekolah menengah.

Selain pembinaan sekolah, D. Kajendran akan menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan BN Kota Raja, yang akan meneliti prestasi semua pelajar sekolah dalam Parlimen itu.

“Saya nak pastikan majoriti pelajar di sini mendapat akses pendidikan yang baik, sekali gus memberi peluang cerah kepada mereka melanjutkan pelajaran ke menara gading.

“BN Kapar juga akan mewujudkan ‘bank resume’ kerja, yang mana kita akan mengumpulkan resume kerja belia di sini dan menyerahkan syarikat dan kilang di kawasan berdekatan yang merekrut pekerja,” ujarnya.

Selain itu, Kajendran mahu membina hubungan baik dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan tersebut supaya lebih cepat permasalahan penduduk dapat diselesaikan sekiranya berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya