Akar umbi tolak Abdul Rahman Dahlan di Kota Belud?

Akar umbi tolak Abdul Rahman Dahlan di Kota Belud?

KAIN rentang menolak Abdul Rahman Dahlan sebagai calon kerusi Parlimen Kota Belud
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Hasrat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan kembali bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud mendapat tentangan daripada rakyat tempatan.

Walaupun telah menjadi Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 namun, penyokong di peringkat akar umbi masih belum dapat menerimanya.

Rakyat di kawasan masih menyifatkan Abdul Rahman sebagai orang luar dan mereka mahukan calon anak jati tempatan.

Kini kerusi Parlimen Kota Belud disandang oleh Isnaraissah Munirah Majilis mewakili Parti Warisan (Warisan).

Pada PRU-14, Munirah menewaskan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said dari Barisan Nasional dengan majoriti 4,262 undi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr. Lee Dr. Lee Kuok Tiung berkata, ada kalanya pemimpin politik perlu berpijak di bumi nyata apabila ingin bertanding di kawasan tertentu.

“Pemimpin tidak boleh syok sendiri dalam membuat percaturan tanpa membuat penilaian mengenai realiti dan kemahuan di peringkat akar umbi.

“Malah, saya difahamkan ada suara-suara daripada akar umbi yang bukan penyokong Warisan mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka akan menyokong Warisan atau parti lain sekiranya Abdul Rahman diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya rakyat di peringkat akar umbi membantah pencalonan Abdul Rahman maka, kepimpinan Barisan Nasional perlu meletakkan calon lain yang terdiri daripada anak jati Kota Belud.

Selain Abdul Rahman, nama Salleh Tun Said antara yang disebut-sebut akan dicalonkan di Parlimen Kota Belud. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya