Air naik mendadak, penduduk risau hingga tak boleh tidur malam - Utusan Malaysia

Air naik mendadak, penduduk risau hingga tak boleh tidur malam

FAIZAL Zainudin melihat keadaan rumahnya di Juru, Pulau Pinang yang dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan selama beberapa jam bermula petang semalam hingga tengah malam tadi. - Pix IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: “Ayaq (air) mula naik petang semalam. Lepas tu surut sat (sekejap). Tiba-tiba dalam pukul 9 malam, air naik tinggi balik. Dekat (hampir) sekaki juga (paras air) masa tu.”

Itu kata Faizal Zainudin, 40, salah seorang daripada mangsa banjir yang tinggal di Taman Desa Juru, di sini.

Menurut Faizal, setakat ini, dia menganggarkan nilai kerugian yang dialaminya akibat bencana itu tidak kurang daripada RM6,000.

“Barang elektrik di rumah saya pun ada yang rosak, peti ais pun tak boleh ‘on’ (berfungsi) lagi,” katanya yang tinggal bersama isteri dan seorang anak di kawasan perumahan itu.

Terdahulu, hujan lebat sejak petang semalam yang berterusan hingga lima jam menyebabkan beberapa kawasan rendah di Seberang Perai khususnya mula dinaiki air hingga menyebabkan beberapa pusat penempatan sementara (PPS) terpaksa dibuka untuk menempatkan mangsa banjir.

Mengulas lanjut kata Faizal, dia memilih untuk tidak ke PPS kerana paras air yang naik di kawasan rumahnya masih terkawal ketika itu.

“Sebenarnya malam tadi, kalau ada orang yang jaga laluan masuk (ke kawasan taman perumahan tersebut) mungkin tak banyak 4×4 (kenderaan pacuan empat roda) masuk ke taman (perumahan) kami.

“Apabila depa (pemandu kenderaan tersebut) keluar masuk, ayaq (arus) deras pun masuk sekali. Itu punca air naik balik (semula) tengah malam,” katanya.

Dalam pada itu, bapa Faizal, Zainudin Ahmad, 75, yang kebetulan berada di rumah anaknya selepas rumah tersebut dinaiki air mendakwa, longkang dan parit yang tidak diselenggarakan dengan baik mempercepatkan kenaikan paras air di kawasan berkenaan.

“Tiap-tiap kali hujan lebat mesti air naik. Untuk tahun ni rasanya ini yang paling besar. Malam tadi kami semua sampai tak lena (tak boleh tidur) sebab risau air naik lagi tinggi,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya