Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Onn

Ahmad Zahid perlu letak jawatan – Onn

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi diminta meletak jawatan segera ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengarah Operasi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Ahmad Zahid perlu berbuat demikian berikutan keputusan yang mengecewakan menimpa parti itu.

Beliau berkata, usaha memulih dan memperbaiki UMNO perlu bermula sekarang dan sekiranya gagal berbuat demikian, parti iti tidak akan memenangi satu kerusi pun pada masa akan datang.

“Oleh itu, dengan rasa penuh hormat dan takzim, saya memohon supaya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr, Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden pada kadar yang segera, sebagaimana Datuk Seri Najib Razak telah berjiwa besar dengan meletak jawatan sebagai Presiden pada 2018.

“Insya-Allah, tindakan berjiwa besar ini akan membantu kita mengambil langkah pertama untuk memulih dan menguatkan kembali parti UMNO yang kita semua cintai ini. Segala pengorbanan mereka akan dihargai dan Insya-Allah, perjuangan ini akan diteruskan. Semoga Allah SWT merestui dan merahmati perjuangan serta pengorbanan kita semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya