Ahmad Maslan mengundi di sekolah lama - Utusan Malaysia

Ahmad Maslan mengundi di sekolah lama

AHMAD MASLAN dan Noraini mengundi Sulaiman di SK Seri Bahagia, Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan tiba di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bahagia, Kampung Lubok Sipat, Benut pada pukul 7.59 pagi ini.

Beliau tiba ditemani isteri, Datin Seri Noraini Sulaiman dalam suasana hujan renyai-renyai.

Ahmad, 56, calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Pontian merupakan penduduk Kampung Lubok Sipat dan belajar di SK Seri Bahagia dari darjah satu hingga enam.

Beliau dan isteri selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.

Sementara itu, calon BN di Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming 1, Pekan Nanas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya