Agong berkenan lanjut proses kemuka nama sehingga esok

Agong berkenan lanjut proses kemuka nama sehingga esok

AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang esok.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah perkenan Seri Paduka itu susulan permohonan daripada ketua parti dan gabungan yang diterima Istana Negara hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Seri Paduka menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selesai.

“Adalah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong  telah menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dilanjutkan sehingga pukul 2 petang esok,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka mengingatkan bahawa pentadbiran negara masih berjalan seperti biasa di bawah pengurusan Perdana Menteri sementara atau berdasarkan prinsip-prinsip yang digariskan bagi Kerajaan Sementara atau Caretaker Government.

“Seri Paduka menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia Ke-10 ini dipermudah dan berjalan lancar demi kepentingan negara.

“Baginda seterusnya turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga Malaysia dirahmati dan diberkati serta dilindungi daripada sebarang bentuk bencana dan musibah,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya