Adam Adli pertahan Hang Tuah Jaya

Adam Adli pertahan Hang Tuah Jaya

ADAM ADLI ABD. HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) mengekalkan Parlimen Hang Tuah Jaya buat penggal ketiga berturut-turut, lantas menguburkan harapan Barisan Nasional (BN) untuk mencipta kejutan memenangi semula kerusi berkenaan.

Secara rasmi, calon PH yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim meraih 39,418 undi menewaskan tiga calon lain dengan majoriti 8,638 undi.

Calon BN, Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali sekadar meraih 30,780 undi dan Mohd. Azrudin Md. Idris dari Perikatan Nasional (PN) pula memperoleh 23,549 undi.

Malang buat calon Gerakan Tanah Air (GTA), Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh yang hilang deposit apabila sekadar meraih 739 undi.

Pengumuman kemenangan dibuat Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Md. Azhan Samat di Dewan Bistari, Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 12.25 tengah malam tadi.

Katanya, jumlah kertas undi ditolak adalah sebanyak 737 undi manakala peratus keluar mengundi pula 80.67 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya