Abdul Hadi tak sesuai jadi Perdana Menteri – Kit Siang

Abdul Hadi tak sesuai jadi Perdana Menteri – Kit Siang

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang) memberi semakin banyak sebab mengapa dia tidak sesuai menjadi Perdana Menteri, tak kiralah berapa banyak kerusi sekalipun dimenangi Pas pada 19 November ini (hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15).”

Demikian pandangan veteran DAP, Lim Kit Siang bagi mengulas kritikan dilemparkan  Abdul Hadi terhadap DAP, iaitu mendakwa ahli parti tersebut dengan pelbagai perkara negatif.

Kit Siang berkata, seorang pemimpin perlulah dalam kalangan individu yang boleh menjadi tauladan kepada rakyat dan tidak hanya melempar pelbagai tomahan serta fitnah kepada pihak lawan.

“Seorang Perdana Menteri perlulah seorang berpegang kepada janjinya dan boleh menjadi tauladan integriti serta kejujuran. Dia tidak boleh menyebarkan penipuan dan fitnah sewenang-wenangnya.

“Abdul Hadi menuduh DAP sebagai anti-Melayu, Islam, dan Raja. Adakah dia mempunyai apa-apa bukti dan mengapa dia masih tidak menunjukkan sebarang bukti? Baru-baru ini dia sering membuat serangan terhadap DAP, malah menuduh para pemimpin DAP sebagai komunis serta tidak percaya tuhan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang mempersoal tindakan Abdul Hadi sedangkan beliau adalah seorang pemimpin Islam sepatutnya tidak menyebarkan fitnah dan penipuan, malah bekerjasama dengan mereka yang terlibat dengan rasuah.

“Apakah Islam mengajar pemimpinnya begitu? “Saya rasa tidak, seperti semua agama yang hebat, Islam menegakkan kebenaran, kebebasan dan keadilan. Abdul Hadi menghina kebijaksanaan serta moral pemimpin dan calon Melayu DAP dengan menuduh yang mereka diperguna oleh orang Cina.

“Untuk makluman Abdul Hadi, dalam DAP, kita semua adalah rakyat Malaysia walaupun pada masa sama kita berbeza kaum dan agama tetapi tidak ada sesiapa yang memperguna sesiapa yang lain untuk kepentingan sendiri,” katanya

Kit Siang yang juga penyandang kerusi Parlimen Iskandar Puteri iurut membidas Abdul Hadi kerana tidak faham makna sebenar ‘sekular’.

“Abdul Hadi tidak memahami maksud ‘sekular’ kerana perkataan ini tidak bermakna anti-agama atau tidak bertuhan, tetapi seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, yang mana Islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama-agama lain dapat diamalkan dengan bebas serta aman.

“Amat malang apabila Abdul Hadi cuba menafsir ‘sekular’ sebagai ‘menolak tuhan’ atau ‘antiagama’ sedangkan perkara ini tidak pernah dimaksudkan sebegini di Malaysia kerana perkataan ini melambangkan kebebasan beragama di Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya