Abdul Hadi selesai mengundi di SK Rusila

Abdul Hadi selesai mengundi di SK Rusila

ABDUL Hadi Awang membuang undi di pusat pembuangan undi di SK Rusila, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Calon Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila  di sini pada pukul 8.50 pagi.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas ditemani isterinya, Tok Puan Seri Zainab Awang Ngah dan anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil.

Beliau selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

Sebanyak tujuh saluran dibuka untuk melancarkan proses pengundian melibatkan kira-kira 4,000 pengundi berdaftar di pusat tersebut.

Abdul Hadi juga sempat beramah mesra dengan orang ramai yang berada di luar SK Rusila untuk mengundi dengan lebih 50 pengundi mula tiba dan beratur di hadapan pintu masuk seawal pukul 7.30 pagi.

Pengundi mengambil kesempatan keluar mengundi awal selepas cuaca cerah pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Abdul Hadi dicabar calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Abdul Shukur dan calon Gerakan Tanah Air – Parti Pejuang Tanah Air (GTA-Pejuang), Dr. Zarawi Sulong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya