9 penuntut UiTM Dungun terperangkap kepala air 

9 penuntut UiTM Dungun terperangkap kepala air 

ANGGOTA bomba melakukan operasi menyelamat penuntun UiTM Dungun yang terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kekabu, Setiu, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Perkelahan sembilan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun bertukar cemas apabila mereka terperangkap dalam kejadian kepala air di Lata Ulu Kekabu, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin, kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 5.11 petang melibatkan mangsa berusia 23 hingga 24 tahun.

Beliau berkata, sepasukan anggota penyelamat di lokasi mendapati kesemua mangsa masih terperangkap di seberang sungai di kawasan pengunjung biasa bermandi-manda.

“Operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya membawa keluar semua mangsa pada pukul 7 malam.

“Hasil soal siasat mendapati sembilan sahabat itu adalah mahasiswa UiTM Dungun dalam jurusan akaun dan tiba di Lata Ulu Kekabu pada pukul 2 petang bagi tujuan rekreasi,” katanya di sini, malam ini.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapiae, berkata, kesemua mangsa diselamatkan dengan menggunakan jaket keselamatan dan tali. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya