769 terima darjah kebesaran hari Keputeraan Sultan Kelantan

769 individu terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan

NAZRAN Muhammad (tengah) semasa sidang akhbar berkait penganugerahan gelaran Darjah Kebesaran Bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, hari ini. - FOTO/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 769 individu tersenarai menerima gelaran, Darjah Kebesaran Bintang, pingat dan surat kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang Ke-53 pada Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah keseluruhan penerima, dua daripadanya bakal dilantik menjadi Jaksa Pendamai. 

Menurutnya, istiadat terbabit dimulakan dengan 114 penerima pada sesi pertama dan selebihnya pada sesi seterusnya yang dimaklumkan kelak. 

“Kita mengumpulkan kesemua penerima kurniaan pada tahun ini selepas dua tahun tiada istiadat pengurniaan semasa musim penularan jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, kesemua 769 orang penerima dikumpul untuk pengurniaan pada tahun ini,”pada sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar di sini hari ini. 

Nazran turut mengucapkan tahniah terhadap mereka yang terlibat dan menjayakan istiadat pengurniaan pada kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya