7,025 anggota polis, tentera di Terengganu undi awal

7,025 anggota polis, tentera di Terengganu undi awal

SEORANG anggota tentera mengundi awal di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kuala Nerus, Terengganu. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seramai 7,025 pegawai dan anggota polis serta tentera yang bertugas di negeri ini menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, jumlah pengundi awal tersebut melibatkan 4,542 pegawai dan anggota polis, manakala baki 2,483 pula terdiri daripada anggota tentera dan pasangan.

“Seramai 1,403 orang dijadual melakukan undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.

“Perjalanan proses pengundian awal hari ini  berjalan lancar dengan cuaca agak baik,” katanya ketika ditemui di IPK Terengganu di sini, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu sebelum ini memberitahu, sebanyak 24 pusat mengundi awal dibuka di seluruh negeri ini bermula pukul 8 pagi.

Sebanyak empat pusat mengundi awal dibuka di Parlimen Besut, Setiu (tiga), Kuala Nerus (tiga), Marang (empat), Hulu Terengganu (dua), Dungun (tiga), Kemaman (empat) dan satu di Parlimen Kuala Terengganu.

Selain itu, Rohaimi memberitahu, sembilan anggota polis kontinjen negeri tersebut yang layak mengundi awal disahkan dijangkiti Covid-19. 

Jelasnya, anggota terlibat dibenarkan mengundi dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Kesihatan.

“Begitupun, kami menasihatkan mereka mengundi lewat sedikit sewaktu pusat mengundi awal sedikit lenggang.

“Ia bertujuan mengurangkan risiko jangkitan (Covid-19) dan memberi keselesaan kepada pengundi-pengundi awal lain,” katanya.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya