Bung Moktar gesa GRS ambil tindakan disiplin terhadap Rubin Balang - Utusan Malaysia

Bung Moktar gesa GRS ambil tindakan disiplin terhadap Rubin Balang

BUNG Moktar Radin semasa tiba pada program ramah mesra di Kampung Taun Gusi di Kota Belud hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor diminta mengambil tindakan disiplin terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang yang dipercayai menjadi dalang meletakkan calon Bebas di Parlimen Tenom.

Rubin didakwa menjadi dalang dalam meletakkan anaknya, Riduan Rubin untuk menjadi calon Bebas dan kini, Riduan telah menyertai Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tindakan itu bertentangan dengan perjanjian GRS dan BN untuk tidak bertembung pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, perbuaan itu tidak mencerminkan semangat setiakawan yang dimeterai antara kedua-dua gabungan berkenaan.

“Tindakan disiplin wajar diambil terhadap pemimpin yang melanggar perjanjian itu termasuk menamatkan pelantikan mereka sebagai pengerusi dalam mana-mana agensi atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Perbuatan melanggar perjanjian ini memberi gambaran yang negatif terhadap kerjasama GRS-BN dan mampu merosakkan sokongan kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Tenom,” katanya selepas menghadiri majlis beramah mesra bersama rakyat di Kampung Taun Gusi hari ini.

Jelas beliau, tindakan disiplin perlu segera diambil sebagai peringatan kepada semua ahli dan pemimpin GRS-BN supaya tidak memandang ringan kerjasama yang dimeterai kedua-dua pihak sebelum ini.

Kemasukan Riduan ke dalam KDM dipercayai untuk mendapatkan sokongan parti yang diketuai oleh ADUN Melalap, Datuk Peter Anthony yang tidak dapat bertanding di Parlimen Tenom selepas pencalonannya ditolak.

Kerusi Parlimen Tenom menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Riduan, Jamawi, Noorita Sual mewakili Pakatan Harapan (PH), Ukim Buandi mewakili Parti Warisan (Warisan) dan Peggy Chaw Zhi Ting (Bebas).

Sebelum ini, Riduan merupakan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tenom. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya