600 ahli, penyokong PKR Kemaman keluar parti - Utusan Malaysia

600 ahli, penyokong PKR Kemaman keluar parti

AHMAD Said (tengah) menerima borang menyertai UMNO daripada Laidin Rahim di Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seramai 600 ahli dan penyokong PKR Cabang Kemaman yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, hari ini.

Bekas Timbalan Cabang Kemaman, Laidin Rahim berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri selepas melihat reformasi yang selama ini diperjuang parti itu telah berakhir.

“Selepas lebih 20 tahun berjuang dengan PKR, namun saya perlu lupakan parti itu dan lakukan perubahan.

“Mesej kami jelas, kami mahu bantu menangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kami akan cuba tarik pengundi atas pagar menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berkata, perkembangan tersebut memberi gambaran positif kepada BN negeri untuk memenangi kerusi pada PRU15.

“Saya mengalu-alukan kehadiran mereka bagi memastikan misi dan visi kita khususnya untuk menawan kembali Parlimen ini yang sebelum ini merupakan antara benteng terkuat BN di negeri ini.

“Mereka juga sedar perjuangan mereka bersama PKR selama ini sia-sia dan hanya diperguna kepimpinan parti itu yang akhirnya tidak mampu menunaikan tanggungjawab mereka sebagaimana manifesto masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya